This article is written to You, You, yes You, oops, not You. Aha, You too.
Haha. Ok dah lama rasa nak start post dengan ayat di atas tapi masih tak kesampaian. Jadi cuba la pakai untuk kali ni mana tau sesuai. Masa bayangkan dalam kepala rasa macam best lepas dah tulis nampak macam lame pulak. Sigh.
Anyway, entri kali ni merupakan satu review atau dalam bahasa Malaysia-nya ulasan mengenai filem tajuknya seperti yang tertera di atas.
Dah lama dah cerita ni keluar tapi tak berpeluang nak tengok. Dengar orang cakap je. Gandingan pelakon dah best. Ada Anne Hathaway. Itu je lah yang aku ingat. Nama hero tak ingat, harap maaf. Supaya entri ni tak panjang lebar dan melalut sampai hilang tujuan sebenar, maka hanya point-point utama je akan diulas.
1. Cerita ni bermula dengan kisah seorang kasanova yang memang tiada masalah untuk mendekati sebarang wanita. Taktik-taktik dia untuk berkenalan dengan wanita (ada satu je yang dihuraikan) memang best. Tapi hero ni ada masalah kurang yakin pada diri sendiri atau low self-esteem. Dia berkebolehan tapi tak cuba untuk menggunakan kebolehan dia untuk kebaikan diri sendiri. Sampailah ke suatu saat di pertengahan jalan cerita.
2. Sepanjang jalan cerita, aku tertarik dengan perubahan demi perubahan yang berlaku pada watak hero yang kasanova. Perubahan besar berlaku selepas dia jumpa dengan watak heroin, tak lain tak bukan ialah watak Maggie lakonan Anne Hathaway. Sedikit sebanyak aku boleh kaitkan cerita ni dengan diri sendiri sebab tu bagi aku cerita ni best. First time dia jumpa Maggie masa dia menyamar sebagai intern di sebuah GP atau klinik swasta. Benda ni aku akan buat sebagai salah satu rotation 4th year tahun ni.
3. Nak dijadikan cerita, Maggie merupakan seorang pesakit yang baru disahkan mempunyai Parkinson Stage 1. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Parkinson, sila lah Wiki. Bagi kita yang sihat, apa lah sangat setakat tangan terketar-ketar sekali-sekala. Tunggu kejap lepas tu sambung lah balik buat kerja. Tapi sebenarnya penyakit ni lebih dari setakat tangan menggigil-gigil secara tiba-tiba. Kalau terjumpa mana-mana pesakit Parkinson cubalah tanya pengalaman dan perasaan mereka semenjak disahkan ada penyakit tu. Luaran tak nampak, tapi dari segi mental dan boleh menjurus kepada rohani, sangat memenatkan dan menyiksakan.
4. Kalau jumpa dengan mana-mana doktor, pesakit Parkinson selalunya akan dirawat dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup. Sehingga kini, tiada lagi ubat atau rawatan yang boleh sembuhkan pesakit Parkinson sepenuhnya. Kebanyakan pesakit dirawat dengan end result begitu. To improve quality of life.
Berbalik kepada cerita. Hero filem telah melafazkan kata-kata cinta kepada Maggie (scene ni aku rasa sangat sweet. Nanti cerita) dan pada suatu hari telah bawa heroin pergi ke konvensyen perubatan. Maggie yang tak dapat sesuaikan diri dengan konvensyen, telah pergi ke sebuah lagi pusat 'unconvention' di seberang jalan setelah menerima pelawaan seorang mak cik yang anaknya pun mempunyai Parkinson Stage 3. Maggie hantar pesanan kepada hero untuk join dia dan hero nya pergi ke sana, terserempak dengan seorang pak cik yang mempunyai isteri yang disahkan mempunyai Parkinson Stage 4. Apabila ditanya mengenai tips untuk masa depan, pak cik tu boleh pulak bagi nasihat, tinggalkan Maggie sekarang sebelum terlambat.
5. Dari situ, bermula lah konflik di dalam filem ni. Hero berusaha sedaya-upaya untuk mencari rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit Maggie. Sehinggalah pada suatu hari, Maggie tak tahan dengan semua travelling dan perangai hero dan akhirnya mereka berpisah. Hero dinaikkan pangkat untuk bekerja di Chicago dan Maggie pula meneruskan hidup macam biasa. Sedang si hero siap-siap berkemas, dia pasang video yang dirakam sewaktu dia masih dengan Maggie (ni satu lagi elemen dalam cerita ni yang best bagi aku). Habis je rakaman tu, dia terus lari cari Maggie dan dapat tahu Maggie dalam perjalanan ke Canada menaiki bas. Hero filem kejar bas dan berjaya pujuk Maggie untuk turun bercakap dengan dia. Ending dia? Memang cliche la. Ending yang biasa kita tengok dalam filem-filem genre macam ni.
Apa yang aku nak ketengahkan dekat sini bukan lah jalan cerita tapi sesetengah elemen dalam cerita tu yang menjadikan filem tu aku rasa berbaloi ditonton. Elemen watak hero yang ada perwatakan kasanova dan berubah jadi baik, tu biasa. Elemen watak hero yang menyamar jadi doktor in training, tak banyak. Elemen watak heroin ada penyakit tapi cuba untuk tunjukkan yang diri dia sihat dan mampu jaga diri sendiri macam orang lain, tu jarang. Elemen rakaman saat-saat pasangan hero dan heroin menghabiskan masa bersama, tu susah nak jumpa. 3 elemen terakhir merupakan daya tarikan filem ni untuk buat aku melekat depan tv layan sampai habis.
Lepas baca entri yang panjang lebar ni, aku rasa mungkin tak perlu dah tengok filem tu. Tulisan aku ni dah penuh spoiler. Tapi kalau rasa nak pastikan apa yang aku tulis ni betul, boleh lah cuba tengok. Ada satu scene tu aku sampai tumbuk bantal yang aku pegang. Fuh, punya lah tak puas hati masa tu. Bantal jadi mangsa. Sigh.
One of the Black & White recording. |
The Hero confessed, first time said it to someone. He's trembling because of that. |
There's even photography elements in the movie! |
The second Black & White recording from the movie. I love the cinematography. |
Oh ye, kalau nak tengok jugak, viewer's discretion is recommended. 18 tahun ke atas sahaja. Kalau yang agak-agak belum cukup umur tu, sila bawak bersabar. Nak tengok jugak jangan sorang-sorang. Takut benda lain pulak jadinya.
4 comments:
try to watch 'One Day'.. Anne Hathaway juga berlakon.. nice movie ever.. :)
try watch 'something borrowed'
nice too... :)
or maybe 'play the game'
then you can make review... :)
Thank you husna. Dah tgk 'One Day'. Not bad! But tak boleh relate kan dgn diri sendiri mcm cerita ni. Next time will try tgk 'Something Borrowed' and 'Play The Game'. Thanks for the suggestions! :D
After watch 'A Little Bit of Heaven'. kind of nice movie jugak.. recommended to you :)
Post a Comment