Friday, October 24

sociology

aku baru habis menelaah untuk hari ini. exam lagi 10 hari. topik-topik yang dah dicover baru dalam 30%. lepas ni kena study biology pula. ada pharmaco, neuro, biochem dan macam-macam lagi topik, semua di bawah subjek yang sama. hari ini, aku berjaya mencapai matlamat aku untuk habis mengulangkaji 'sociology'.

sepanjang membaca, banyak perkara yang aku dapati berkait dengan kehidupan realiti. banyak juga istilah-istilah yang baru saja semester lepas aku hafal, tapi kini bila aku baca semula, macam tak pernah aku ketemu. bolehkah aku bersedia sepenuhnya sebelum tiba hari yang dinanti? insyaAllah, dengan izin-Nya, pasti boleh. teruskan usaha, banyakkan membaca. jangan asyik main game saja. aduh. penghalang terbesar untuk aku belajar, diri sendiri. mampukah aku menewaskan diriku sendiri?

menurut kata-kata Anthony Giddens, 'deviance seeks to explain modes of action which do not conform to the norms and values held by most of the members of a society'.

adakah itu yang aku sedang lakukan? pabila semua rakan-rakanku sedang berusaha agar mereka mencapai keputusan cemerlang, aku pula bersenang-lenang, berusaha sekadar upaya.

atau aku hanya menurut kata-kata Talcott Parsons, yang mendefinisikan 'consensus' sebagai 'each different group of different social order plays a specific role and agrees with each other. they live in harmony'. aku hanya memainkan perananku sebagai salah seorang ahli komuniti di sini, agar aku dapat mengekalkan harmoni.

pelik, Evan Willis kata, 'medical dominance is the power and status of medical model of explanation that overshadows other explanations of phenomena, including illness'.

adakah ini bermaksud apa yang aku alami sekarang, dapat diterangkan oleh perubatan, seperti yang dikatakan oleh Willis?

biar apa pun yang terjadi, namun aku tetap setuju dengan C.Wright Mills yang menulis 'sociological imagination'. definisinya, 'ways of looking at the world, that puts the individual in a larger scheme of things, like the relationship between the individual and the society, or the relationship between the biography of the individual and the broad history and social processes of the society'.

berdasarkan kata-kata tersebut, aku yakin, kewujudanku membawa misi yang besar. kewujudanku, sedikit sebanyak memberikan impak kepada penduduk dunia. penghalangku, diri sendiri? hanya halangan kecil di sebalik halangan-halangan yang belum ku jumpa.

jadi, apa lagi? teruskan usaha, banyakkan membaca. 'study'laaa...


terima kasih 'sociology'

4 comments:

~Biotech Boy~ said...

hhohoho...
tiba-tiba, saya merasakan subjek 'sociology' itu susah..... =p

Anonymous said...

sociology?dang..i don't see that one coming..

Unknown said...

kepada adib, yup subjek itu memang susah. begitu juga dengan subjek-subjek lain yang kita belajar. tp, perkara yang susah akan jadi senang kalau kita belajar. kn? hehe..

kepada acap, hehe.. u'll get it when the time comes. or perhaps u won't? it depends on the uni act. aih.. -.-'

Hariry Ariffin said...

Selamat belajar medic. :D