Sunday, November 30

homesick

sejak seminggu yang lepas, aku tidak mempunyai peluang untuk mencoret kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan seharianku. walaupun pelbagai perkara yang terjadi, dan semuanya merupakan perkara-perkara yang secara persendiriannya, aku anggap akan menjadi pengalaman-pengalaman manis semasa belajar di perantauan, namun faktor masa dan kemudahan menjadi penghalang untuk aku merekodkan secara hitam putih di atas laman web ini.

secara ringkasnya, aku menyedari sesuatu yang sungguh bermakna. masa dan pergaulan bersama sahabat dapat menjadi pengubat hati dan diri. malah, masa turut membantu merapatkan ukhwah di antara sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang baru sahaja dikenali.

kedatangan salah seorang sahabat sekolahku bagaikan alkali yang meneutralkan asid-asid yang terkumpul dalam diriku. tambahan pula dengan kedatangan pensyarah ku dari malaysia, aku terasa seperti berada di rumahku di malaysia. bagaikan diriku sebenarnya berada di kampung halaman ku.

tanpa aku sedari, lebih dari seminggu telah berlalu dengan begitu pantas sekali. si gadis tersebut sudah pulang ke halamannya. si pensyarah baru sahaja berlepas ke lapangan terbang. si sahabat lama pula pulang ke tempat tinggal untuk mula bekerja. kini, aku sedang 'menghitung hari' untuk aku pula berlepas pulang.

wahai Malaysia, sungguh ku merindui tanahmu yang sejuk tapi panas itu. tanah yang menjadi tempat aku berpijak. tanah yang mengingatkan ku ke tempat asalku. 10 hari. itulah tempoh yang harus aku tempuhi sebelum kita bertemu kembali. insyaAllah. amin...

No comments: