aku terdetik untuk menulis perkara ini apabila aku membaca salah satu komen yang diberikan oleh sahabatku dalam tulisanku sebelum ini. tanpa aku sedari, beberapa orang yang mungkin aku kenali secara langsung atau tidak langsung telah meninggalkan alam dunia ini, pergi ke alam akhirat yang kekal. semoga roh mereka dirahmati Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
dalam jangka waktu masa yang sama juga, semenjak pemergianku melanjutkan pelajaran ke luar negara bermula februari tahun lepas, aku mempunyai dua orang anak saudara yang baru lahir, hasil perkahwinan kakak saudara dan abang saudaraku. seorang sahabatku melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya manakala seorang lagi sahabatku yang lain baru melangsungkan perkahwinannya pada awal bulan januari yang lepas.
apa yang ingin aku tekankan di sini ialah, dalam hanya satu tahun, pelbagai perkara yang berada di luar jangkaanku telah berlaku. seorang sahabatku, umurnya sebaya, bertemu dengan kemalangan maut ketika sedang bercuti dan meninggal pada keesokan harinya. aku sangat terkejut dan tergamam seketika apabila mendengar berita mengenai kejadian tersebut. sebabnya, aku tidak pernah sangka bahawa seseorang yang aku kenali, lebih-lebih lagi yang rapat denganku, akan menemui ajalnya di usia sebegitu. betullah kata orang, hidup mati di tangan tuhan. hanya Dia yang mengetahui segalanya.
perkara yang sama juga mungkin dialami oleh sahabat-sahabatku yang lain yang baru kehilangan bapa mereka. mungkin mereka tidak pernah sangka bahawa bapa mereka akan pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
namun dalam pelbagai peristiwa sedih yang berlaku, diselitkan juga kegembiraan dengan kehadiran dua orang ahli baru dalam keluargaku dan perkahwinan sahabatku. mungkin ini merupakan salah satu cara bagiNya untuk menaikkan semangat makhluk ciptaanNya yang sedang dibelenggu kesedihan.
diharap kepada sesiapa yang sedang dan telah melalui perkara yang sama, semoga mereka dapat menerima kejadian yang berlaku sebagai fitrah manusia, iaitu hidup dan mati, dan meneruskan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. dan kepada mereka yang belum mengalaminya, semoga kalian bersedia dari sekarang kerana kita tidak tahu bila perkara tersebut akan menimpa diri kita.
p.s: takziah buat saudara kandaq, azfar dan jemel di atas pemergian bapa mereka dan juga kepada keluarga encik abdul kadir di atas pemergian anak perempuan mereka, dila. semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T. Amin.
tahniah buat kakak saudara dan abang saudaraku di atas kelahiran cahaya mata mereka, zara dan reyhanna. semoga kehadiran dua orang lagi ahli baru dalam keluarga akan menceriakan lagi suasana yang sudah ceria. juga tahniah buat saudara fahmy dan paan di atas pertunangan dan perkahwinan mereka. semoga mereka berbahagia bersama pasangan masing-masing.

1 comment:
takziah juga buat saudara enzo atas pemergian bapanya ke rahmatullah. al-fatihah.
Post a Comment