Saturday, January 7

Resolusi 2012

2012

1.  Bermulanya detik tahun baru, setiap orang pasti akan mengemaskini resolusi tahun baru mereka. Pada asalnya, aku sendiri tak mengambil kisah tentang resolusi aku tapi bermula tahun lepas, aku dah tetapkan beberapa perkara yang aku nak capai sepanjang tahun 2011. Alhamdulillah, boleh dikatakan hampir separuh daripada apa yang aku tulis tercapai.

2.  Sebelum ni, resolusi aku banyak berkisar kepada apa yang aku nak dapatkan, untuk orang lain. Atau dalam erti kata lain, ada beberapa resolusi aku untuk tahun 2011 adalah untuk menggembirakan pihak lain, selain diri sendiri. Tapi untuk tahun ni, aku buat keputusan untuk hadkan resolusi aku kepada apa yang aku betul-betul nak capai, untuk diri sendiri. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan.

3.  Kata orang, kalau kita tulis pun apa yang kita nak capai, tak semestinya kita akan berusaha untuk dapatkan. Tapi itu kata orang. Bagi aku, biarlah apa orang nak kata, yang penting bila aku tulis apa yang aku 'target' sepanjang tahun 2012 ni, semoga ia akan lebih memberi semangat untuk aku berusaha ke arah itu. Sekurang-kurangnya penulisan aku ni boleh menjadi peringatan untuk aku bila aku lupa arah tuju sepanjang tahun. Tapi bak kata Khairy Jamaluddin, 
People look their best in January when new year resolution of losing weight & going gym daily still adhered to. Everything goes south after CNY. -5 Jan via Twitter
Semoga ia tak terjadi pada aku.

4.  Apa resolusi aku untuk 2012?
  •  Menjadi lebih berdikari dan kurang bergantung kepada keluarga terutama ibu bapa apabila sedang menuntut di Melbourne.
  • Tumpukan pada pelajaran sebagai 'priority' utama untuk lulus tahun ke-4 kursus perubatan dan insyaAllah sambung dengan lancar ke tahun akhir pada tahun depan.
  • Mengasah dan menambah ilmu fotografi dan jika berkemampuan, menambah 'equipment' atau 'gear' menjelang hujung tahun.
  • Mengasah fikiran supaya berfikir secara kritikal apabila berdepan dengan sesuatu isu, sama ada melibatkan diri sendiri atau sekeliling.
5.  Kalau dilihat, memang semua pun untuk diri sendiri. Mungkin orang akan kata, "Alah, memang selama ni orang buat 'resolution' untuk diri sendiri je pun." Tapi bagi aku, sebelum ni, aku mempunyai tanggungjawab yang membataskan pilihan aku dalam membuat resolusi. Alhamdulillah, kali ni tiada lagi amanah dan tanggungjawab yang perlu aku penuhi, selain yang tertulis di sebalik semua resolusi baru tu.

6.  Aku rasa cukuplah setakat tu bebelan aku untuk malam ni. Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan untuk aku terus istiqamah dalam usaha merealisasikan semua Resolusi 2012 aku, insyaAllah.

1 comment:

Nurul Husna said...

:) insyaAllah...