bila diri rasa bosan, apa nak buat? entah la.
bila hati rasa bosan, apa nak buat? entah la.
jadi, aku mengambil peluang diri dan hati yang bosan ini untuk menulis.
hari ini, aku mengambil peluang cuaca yang panas dan redup untuk keluar berjalan di tepi pantai. apa nama pantai itu? brighton beach. itulah namanya. apa yang menarik dengan pantai itu? entah la.
tapi aku rasa, pengalaman sepanjang di pantai itu yang lebih menarik. malah, pengalaman itulah aku rasa satu-satunya sebab yang membuatkan perjalanan jauh untuk tiba ke pantai itu berbaloi.
ceritanya? begini,
pada pukul 10.13 pagi (lebih kurang), aku dan iinul bertolak ke kampus universiti. kami lewat kerana budak-budak lain sudah pergi dahulu. apabila tiba di kampus, kami terserempak dengan budak-budak lain sedang membeli buah untuk dijadikan buah tangan. selepas itu, kami teruskan perjalanan ke rumah pedon, tujuan utama perjumpaan pada pagi itu.
hendak dipendekkan cerita, kami tiba di rumah pedon, borak-borak, gelak-gelak, kutuk-kutuk, ceroboh-ceroboh, kemudian kami mengucapkan terima kasih dan meminta diri. setelah itu, iinul turut meminta diri apabila tiba semula di kampus. katanya, tidak tahan untuk membuang air besar. dengan langkah yang pantas, dia terus berjalan menuju ke pusat keagamaan (direct translation for religious centre) sementara kami meneruskan langkah kami ke stesen bas.
hendak dipendekkan cerita lagi, kami singgah sebentar di bandar clayton, untuk membeli bekal makanan ketika di pantai nanti. kemudian kami meneruskan perjalanan ke pantai yang mengambil masa lebih kurang 50 minit.
sepanjang perjalanan, semua kelihatan penat dan letih. mungkin kerana tempat duduk di dalam bas yang kurang selesa atau pun perjalanan yang mengambil masa yang terlalu lama.
setelah tiba di pantai, semua tersenyum gembira, kerana ini merupakan kali pertama kami berjaya tiba ke pantai hasil usaha kami sendiri. jangan salah faham. bukan bermakna sebelum ini kami tidak pernah pergi pantai. cuma sebelum ini, kami selalu pergi dalam rombongan beramai-ramai dan kami cuma ikut sahaja.
hendak potong lagi cerita biar semakin pendek, kami pun cari tempat yang sesuai untuk kami duduk dan makan. ketika itu, angin sangat kencang, sehingga rasydeen yang berbadan kecil bagai hendak terbang ditiup angin. keadaan menjadi semakin buruk apabila kami sedang enak menikmati makanan tengahari, tiba-tiba datang segerombolan lalat yang terbang berhampiran, mengganggu ketenteraman.
selesai makan, kami berjalan di tepi pantai, sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan. di sepanjang pantai tersebut, tersusun deretan rumah-rumah kecil, yang menyimpan bot-bot milik tuan-tuannya. namun, rumah-rumah kecil tersebut sungguh comel disebabkan warna yang di cat pada dinding papan rumah-rumah itu. itulah yang dikatakan oleh budak-budak perempuan.
selain itu, aku mengambil inisiatif untuk cuba membuat istana pasir. setelah berjam-jam (hiperbola) berhempas pulas, aku hanya berjaya menyiapkan dua suku sahaja. yang selebihnya, aku putus asa. kemudian, aku beralih untuk menulis namaku menggunakan pasir dan kali ini aku berjaya. yang peliknya, aku cuma mengambil beberapa minit untuk menyiapkannya. entah la.
sepanjang berada di pantai, kami mengambil gambar di mana semua orang sedang menggayakan bermacam-macam aksi. sungguh menarik! tidak aku sangka, keputusanku untuk pergi ke pantai pada hari ini merupakan keputusan yang bernas.
selebihnya, kami hanya bermain-main, sambil berborak-borak kosong. setelah penat, kami mengambil keputusan untuk pulang, dan sekali lagi, mengambil masa 50 minit untuk tiba ke rumah.
kali ini, dalam perjalanan balik, semua orang kelihatan lebih penat dan letih berbanding ketika dalam perjalanan pergi. namun, di sebalik keletihan itu, aku dapat merasakan perasaan gembira yang bercampur-baur. ini kerana aku sendiri mempunyai perasaan yang sama.

1 comment:
hahah..jamban kat pantai tu style dow..haha.takde kat tc.:P
Post a Comment