hahaha.
perkataan yang cuba aku keluarkan, namun tak berdaya. perkataan yang telah aku pamerkan, buat penghibur hati yang lara. hari ini, aku sungguh berdukacita. diriku bagaikan penuh perasaan sesal, dilemma dan macam-macam perasaan negatif yang mungkin wujud bagi seorang yang baru sahaja kalah dalam peperangan.
tepat pukul 9.30am, ujian akhir tahun pelajar-pelajar jurusan perubatan monash tahun pertama bermula. aku berada di barisan hadapan, sebagai salah seorang askar terpilih. harapanku, semoga semua ilmu dan pelajaran yang telah aku kecapi, dapat digunakan sepenuhnya untuk memudahkan aku menghadapi ujian yang tidak aku ketahui hujung pangkalnya. Alhamdulillah, semuanya bermula dengan lancar.
tepat pukul 12.40pm, ujian akhir tahun pelajar-pelajar jurusan perubatan monash tahun pertama tamat. aku menyusun kertas-kertas soalanku bersama-sama kertas-kertas jawapan, dan aku letakkan di dalam sampul surat coklat yang terbentang di atas meja. dengan hati yang penuh derita dan hampa, aku menanggalkan satu-satunya penghalang untuk aku memperbaiki jawapanku, dan menutup sampul surat tersebut buat selama-selamanya. isi kandungan sampul tersebut akan hilang dari pandangan, sejurus selepas pengawas peperiksaan mengutip sampul tersebut.
aku patut berasa gembira! aku patut berkata 'hahaha' dengan mulutku yang terbuka lebar! dengan suaraku yang lantang didengar! namun mengapa, aku tidak mampu berbuat demikian.
tepat pukul 3pm, sesi ulangkaji soalan peperiksaan bermula. aku melangkah masuk dengan hati yang berat. setelah mengambil tempat duduk di salah satu kerusi kosong yang tersedia, aku mula menumpukan perhatian kepada soalan-soalan yang dipancarkan oleh projekter ke skrin putih besar di hadapanku. soalan yang dibincangkan kini ialah soalan 2. ketika itu, perasaanku masih berat, namun dalam kawalan. bermula dari soalan 3, perasaanku mula beransur-ansur hilang kestabilan. semakin banyak soalan yang dibincangkan, perasaanku rasa bagaikan ditarik oleh tarikan graviti tanpa sebarang daya yang mampu untuk menentangnya. dirasakan seperti diriku sedang jatuh bebas, tanpa henti dari tingkat tertinggi sebuah bangunan.
tepat pukul 4.13pm, aku melangkah keluar dari dewan sesi ulangkaji dengan langkah yang berat. kali ini, aku mengukir senyuman di mulut. aku mengeluarkan perkataan 'hahaha' tanpa sebarang perasaan. akhirnya, aku mampu berkata 'hahaha'. untuk apa? untuk menghiburkan hati yang lara. bukan kerana aku gembira.
semoga hari ini, menjadi pengajaran buatku untuk berubah. berubah buat selama-lamanya menjadi insan yang lebih berguna. kelak di kemudian hari, aku akan mampu untuk berkata 'hahaha'. untuk apa? untuk meluahkan perasaan gembira. bukan kerana aku berdukacita. insyaAllah.

5 november 2008
hasif irsyadudin abdul hadi
hasif irsyadudin abdul hadi
3 comments:
pheewiitttt...da abiss examm..cissss...aku ade s2 lg...hehhh..
aku baru nk exam..huhu..
hahah..chill bro.it wont be that bad for you i'm sure.exam dah abis kot!enjoy ah!go for kangaroo hunting or something.haha:D
Post a Comment