Wednesday, October 14

storyteller, narrator

kadang-kadang aku terasa macam nak tulis dalam bahasa melayu. tapi aku tak dapat nafikan, bahasa melayu aku memang lemah. kosa kata aku sangat terhad. bahkan aku sendiri kadang kala tercari-cari perkataan bahasa melayu dalam kamus dewan bahasa. siapa kata kamus dewan tak berguna lepas belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris?

orang kata, kalau kita nak pandai berbicara bahasa asing, kita kena pandai guna bahasa ibunda dulu. memang, aku pun tahu aku tak berapa fasih berbahasa inggeris. tapi aku tak putus asa. aku cuba untuk guna kedua-dua bahasa sebaik yang mungkin. aku bukanlah seorang yang puitis. aku tak dapat menggunakan bahasa-bahasa kiasan untuk menyampaikan hasrat hati. aku juga tidak pandai menggunakan metafora dan pelbagai lagi elemen-elemen sastera yang lain.

apabila aku baca kembali semua tulisan aku yang lepas, aku dapati perkataan yang aku gunakan sangat mudah. malah apa yang aku berhajat untuk sampaikan melalui tulisan tersebut hanya tinggal hajat. tidak semua dapat aku pamerkan melalui tulisan itu.

aku suka membaca. lebih-lebih lagi membaca mengenai kehidupan orang, masalah yang mereka hadapi, cara mereka atasi masalah tersebut dan juga cara mereka memperoleh kejayaan yang mereka kecapi sekarang. kadang-kadang, aku juga ingin berkongsi pendapat, menyatakan hasrat hati terhadap penduduk dunia, mengubah persepsi mereka tentang sesuatu isu, membuka minda mereka kepada pelbagai lagi alternatif dan pilihan yang boleh difikirkan.

jika boleh, aku hendak semua orang bersikap terbuka, bersikap positif, bersikap toleransi. alangkah indahnya dunia jika hakikatnya begitu. alangkah banyaknya kemajuan yang boleh kita laksanakan jika kita membuka peluang kepada kemungkinan.

tapi aku tidak pandai bercerita. walaupun semuanya bermain di fikiranku. walaupun semuanya aku rasa jauh di sudut kecil hatiku, tapi aku tak berupaya untuk berkongsi semuanya dengan orang lain. amat sukar bagiku untuk memastikan aku sampaikan apa yang aku betul-betul rasakan, fikirkan.

because of that, sometimes i envy people. people who have the wisdom to write and people who have the stories to share. but most of all, i envy people who can do both. i will always look up to them, and learn from them as much as i can. one day, i will be able to stand alongside them, and tell them stories. my stories. when that day comes, i will become the storyteller. i will become the narrator.

2 comments:

Anonymous said...

You can be the storyteller. You can be the narrator. With effort, you can be anyone as long as you have faith in yourself.

Anonymous said...

ckp je la pape..haha